Kad Kahwin Digital · 100% percuma

Kad kahwin digital yang indah, terus ke telefon setiap tetamu.

Cipta kad jemputan kahwin dalam beberapa minit. Pilih tema, isi butiran majlis dan kongsi satu link di WhatsApp. Tetamu buka tirai, dengar lagu, tekan Waze dan sahkan kehadiran tanpa memuat turun aplikasi.

  • Tiada aplikasi, terus dibuka dari WhatsApp
  • RSVP & ucapan masuk terus ke dashboard
  • Video MP4 untuk status & TikTok
Tekan “Buka Jemputan”
Muzik, Waze & RSVP

Ciri-ciri

Satu link kad kahwin, semua butiran majlis.

Semua yang tetamu perlukan ada dalam satu kad kahwin online: tarikh, lokasi, aturcara, nombor untuk dihubungi dan borang RSVP.

Tirai pembuka & animasi

Tetamu disambut tirai baldu yang terangkat, bingkai emas yang melukis diri, kelopak gugur dan nama tulisan tangan.

RSVP & ucapan

Tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang, atau titipkan ucapan. Tetapkan tarikh akhir dan kapasiti; jumlahnya terus muncul dalam dashboard dan boleh dimuat turun sebagai CSV.

Waze, Maps & kalendar

Pin lokasi tepat pada peta, pilih butang Waze, Google Maps atau kedua-duanya, dan biar tetamu simpan tarikh dalam Google Calendar atau Apple Calendar.

Muzik latar

Muat naik lagu pilihan anda. Lagu bermula sebaik tetamu membuka kad, dengan butang untuk hidup atau matikan.

Video MP4 menegak

Kad yang sama boleh dijadikan video 1080×1920 bersama muzik, sedia untuk status WhatsApp, Instagram dan TikTok.

Link bernama tetamu

Kongsi link yang menyapa tetamu dengan nama, contohnya “Kepada Encik Ali sekeluarga”, terus dari WhatsApp.

Kenapa digital?

Kenapa pilih kad kahwin digital?

Kad jemputan digital sampai kepada tetamu dalam beberapa saat, mudah dikemas kini, dan membantu anda merancang jumlah tetamu dengan tepat.

  • Jimat kos & masa: tiada cetakan, pos atau penghantaran dari rumah ke rumah.
  • Sentiasa terkini: tukar masa atau lokasi bila-bila masa tanpa menghantar kad baru.
  • RSVP tanpa susah: tahu siapa hadir dan berapa orang untuk tempahan katering.
  • Mesra alam: kurang kertas, tetapi tetap indah dan peribadi.

Sesuai untuk semua majlis

  • Walimatul urus
  • Majlis akad nikah
  • Majlis pertunangan
  • Majlis bersanding
  • Majlis resepsi
  • Kenduri kesyukuran
  • Majlis sambut menantu

Tukar tajuk kad, susun bahagian dan pilih tema yang sepadan dengan majlis anda.

Tema

15 tema kad kahwin, kemudian jadikan milik anda.

Dari klasik baldu dan emas hingga taman pastel dan minimalis. Tukar warna dan fon, atau muat naik bunga cat air, latar dan foto pasangan sendiri.

Cuba sendiri

Reka kad kahwin digital anda sekarang, tanpa daftar.

Tukar nama, tema, warna dan hiasan, atau muat naik gambar sendiri. Semua perubahan disimpan dalam pelayar anda sahaja, sehingga anda simpan sebagai kad.

Memuatkan tetapan…

Disimpan dalam pelayar ini

Satu kad, dua format

Kad kahwin online untuk dibuka. Video jemputan untuk dikongsi.

Kad web sesuai untuk RSVP dan navigasi. Video menegak pula sesuai untuk status dan media sosial. Kedua-duanya dibina daripada butiran yang sama, jadi anda hanya perlu isi sekali.

  • Babak demi babak: tirai, nama, jemputan, lokasi, aturcara dan doa
  • Muzik latar dimasukkan sekali dengan fade masuk & keluar
  • Pilihan kelajuan, dari perlahan hingga sangat laju
Video 9:16

Cara guna

Cara buat kad kahwin digital dalam 3 langkah.

  1. 1

    Daftar & sahkan emel

    Cipta akaun dengan emel dan kata laluan. Masukkan kod 6 digit yang kami hantar untuk mengesahkan emel.

  2. 2

    Isi butiran & pilih tema

    Nama pengantin, tarikh, lokasi, aturcara dan hubungi. Pratonton kad berubah sebaik anda menaip.

  3. 3

    Kongsi & pantau RSVP

    Terbitkan kad, kongsi link di WhatsApp, dan lihat siapa yang akan hadir dari dashboard anda.

Soalan lazim

Soalan lazim tentang kad kahwin digital

Apa itu kad kahwin digital?

Kad kahwin digital ialah kad jemputan perkahwinan dalam bentuk laman web atau video yang dikongsi melalui link, contohnya di WhatsApp. Ia boleh menggantikan atau melengkapi kad bercetak, dan mengandungi muzik, lokasi, aturcara serta borang RSVP.

Betul ke Kahwin percuma?

Ya. Semua ciri termasuk RSVP, muzik, muat naik gambar dan export video boleh digunakan tanpa bayaran.

Bagaimana nak kongsi kad kahwin digital di WhatsApp?

Simpan kad dan tukar status kepada Aktif, kemudian tekan Kongsi untuk menyalin link atau terus membuka WhatsApp. Anda juga boleh menjana link yang menyapa tetamu dengan nama.

Tetamu perlu muat turun aplikasi?

Tidak. Kad dibuka terus dalam pelayar telefon melalui link yang anda kongsi.

Bagaimana RSVP berfungsi?

Tetamu mengisi nama, kehadiran dan bilangan orang. Anda boleh tetapkan tarikh akhir, kapasiti keseluruhan dan had orang bagi setiap respon. RSVP ditutup automatik bila penuh atau selepas majlis, dan semua respon boleh dimuat turun sebagai CSV.

Boleh guna untuk majlis tunang atau akad nikah?

Boleh. Tukar tajuk dan subtajuk kad, contohnya “Majlis Pertunangan” atau “Majlis Akad Nikah”, dan susun atau sorok bahagian kad ikut keperluan majlis.

Boleh ubah kad selepas link dikongsi?

Boleh. Link kekal sama, dan perubahan dipaparkan kepada tetamu sebaik anda tekan Simpan.

Boleh guna bunga atau gambar sendiri?

Boleh. Muat naik latar belakang, bingkai, hiasan atas dan bawah, foto pasangan serta peta lokasi.

Macam mana nak dapat video MP4?

Tekan “Export video” dalam editor. Video siap dalam beberapa minit dan boleh dimuat turun terus untuk status WhatsApp, Instagram atau TikTok.

Selamat pengantin baru

Cipta kad kahwin digital anda hari ini.

Daftar percuma